SAMBUTAN
HARI HUTAN ANTARABANGSA BERKOLABORASI DENGAN SEKOLAH
Seremban,Isnin- Sempena sambutan hari hutan antarabangsa
2016, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah berkolaborasi dengan SMK Warisan
Puteri, Seremban untuk upacara penanaman pokok yang diadakan pada 21 Mac 2016
mulai 7.30 pagi .Tema ‘Hutan Untuk
Kesejahteraan Masyarakat’ ini melambangkan semangat serta fokus yang tinggi
dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam pemeliharaan ,pembangunan dan pengurusan hutan dari peringkat sekolah
lagi.
Program
berkenaan telah dirasmikan oleh Tuan Salim bin Aman,Pengarah Perhutanan Negeri
Sembilan dan dihadiri sama oleh Tuan Azmi bin Basir, Ketua Sektor Pengurusan
Sekolah dan Tuan Mohd Sah bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Seremban.Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengetua SMK Warisan Puteri,
Pn Hajjah Faridah bt Jabbar bersama dengan guru-guru serta pegawai-pegawai dari
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta Pengerusi dan jawatankuasa PIBG sekolah.
Menurut Pengetua, Pn Hajjah
Faridah bt Jabbar, sambutan hari ini merupakan kesinambungan kolaborasi Jabatan
Perhutanan(JP) dgn pihak sekolah yang telah bermula sejak tahun 2014 lagi.
Kolaborasi dgn JP ini telah memberi manafaat yang sangat bermakna kepada SMKWP
kerana mencipta sejarah dalam SPM 2015 dengan pelajarnya mendapat 10 A+ dari
aliran sains tulen.Pelajar ini telah melalui Program kolaborasi dengan JP dan
menggunakan kemudahan JP di Sg Menyala,Port Dickson. Terima kasih JP dan
kongsikan kejayaan ini dengan JP.
Menurutnya
lagi, pihak sekolah telah menerima sumbangan beberapa jenis poko yang ditanam
di kawasan sekolah iaitu pokok Mentega, pokok Sentul, pokok
Beruas dan pokok Merawan.
No comments:
Post a Comment