LAMAN UTAMA

Monday, 5 September 2016

AKTIVITI KELAS GANTI

AKTIVITI 1: DUA JIWA SATU HATI

Pelaksanaan aktiviti:
1)  Murid memilih seorang kawan baik dan duduk secara bertentangan
2)Murid perlu menulis perkara baik tentang kawannya itu  dalam masa 5 minit
3)Setelah tamat masa yang diberikan, murid perlu memusingkan badan menghadap kawan.
4)Murid akan membacakan apa yang ditulis kepada kawannya   secara bergilir-gilir




AKTIVITI 2: AKU YANG KAU KENALI

1)Murid diberikan sehelai kertas .Kertas tersebut perlu ditampal di belakang kawan menggunakan 'selotape'
2)Setiap murid perlu menulis perkara baik tentang kawan mereka, contohnya:-baik hati, pemurah, suka tersenyum ,suka menolong.
3)Murid perlu bergilir-gilir menulis tentang rakan mereka  .Peringatan! seeloknnya diasingkan pelajar perempuan dengan pelajar lelaki



Wednesday, 23 March 2016

SAMBUTAN HARI PERHUTANAN 2016


















SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA BERKOLABORASI DENGAN SEKOLAH

Seremban,Isnin- Sempena sambutan hari hutan antarabangsa 2016, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah berkolaborasi dengan SMK Warisan Puteri, Seremban untuk upacara penanaman pokok yang diadakan pada 21 Mac 2016 mulai 7.30 pagi .Tema  ‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ ini melambangkan semangat serta fokus yang tinggi dalam usaha meningkatkan kesedaran dalam pemeliharaan ,pembangunan  dan pengurusan hutan dari peringkat sekolah lagi.
                Program berkenaan telah dirasmikan oleh Tuan Salim bin Aman,Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan dan dihadiri sama oleh Tuan Azmi bin Basir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Tuan Mohd Sah bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban.Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengetua SMK Warisan Puteri, Pn Hajjah Faridah bt Jabbar bersama dengan guru-guru serta pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta Pengerusi  dan jawatankuasa PIBG  sekolah.
Menurut Pengetua, Pn Hajjah Faridah bt Jabbar, sambutan hari ini merupakan kesinambungan kolaborasi Jabatan Perhutanan(JP) dgn pihak sekolah yang telah bermula sejak tahun 2014 lagi. Kolaborasi dgn JP ini telah memberi manafaat yang sangat bermakna kepada SMKWP kerana mencipta sejarah dalam SPM 2015 dengan pelajarnya mendapat 10 A+ dari aliran sains tulen.Pelajar ini telah melalui Program kolaborasi dengan JP dan menggunakan kemudahan JP di Sg Menyala,Port Dickson. Terima kasih JP dan kongsikan kejayaan ini dengan JP.
                Menurutnya lagi, pihak sekolah telah menerima sumbangan beberapa jenis poko yang ditanam di  kawasan sekolah  iaitu pokok Mentega, pokok Sentul, pokok Beruas dan pokok  Merawan.