TEMPAT: DEAN CENDERAWASIH
TARIKH: 13 JULAI 2015
HARI: ISNIN
Pengenalan NILAM
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan
memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah
dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia
adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan
adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk
menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun
1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah
dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan murid banyak membaca.
2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.
No comments:
Post a Comment