LAMAN UTAMA

Thursday, 30 July 2015

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

 PROGRAM: WATIKAH PERLANTIKAN PSS
TEMPAT:DEWAN CENDERAWASIH
MASA:7.50 PAGI
TARIKH: 31 JULAI 2015

Pendahuluan :

1.Program Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber ini merupakan satu proses melantik murid SMKWP yang berkelayakan sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi membantu pihak sekolah mengendalikan perpustakaan dan bilik-bilik khas di pusat sumber sekolah. Program ini dirancang bagi memberi mandat kepada Pengawas Pusat Sumber menjalankan tugasnya dengan lebih yakin, berdedikasi dan berdisiplin.

Objektif

   1. Memberi  pengiktirafan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah ( Pemberian
       sijil dan lencana Pengawas PSS dijalankan)

    2. Memberikan pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber berkaitan
       perjalanan pengurusan majlis.

   3. Menimbulkan rasa bertanggungjawab dan bersungguh menjalankan tugas di pusat sumber melalui     pengiktirafan ini.
 

 

PENGANUGERAHAN NILAM DAN RAKAN PEMBACA PERINGKAT SEKOLAH




TEMPAT: DEAN CENDERAWASIH
TARIKH: 13 JULAI 2015
HARI: ISNIN

Pengenalan NILAM

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan murid banyak membaca.

2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.