LAMAN UTAMA

Wednesday, 19 August 2015

AKTIVITI SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN 2015



TARIKH PERLAKSANAAN :15 OGOS -15 SEPTEMBER 2015
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1.Pertandingan kelas patriotik
2.Pertandingan bola sepak merdeka
3.Kempen pengibaran jalur gemilang
4.Pertandingan mewarna poster
5.Pertandingan reka cipta wau
6.Sketsa merdeka
7.Bacaan Yassin dan ceramah merdeka
8.Kuiz kenali tokoh-tokoh kemerdekaan
9.Permainan tradisional-tarik upih, kasut tempurung, sepak raga bulatan

Friday, 7 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 07 Ogos 2015
Masa:10.00-12.00 tengahari
Tempat: Dewan Cenderawasih


Majlis Sambutan Hari Raya bertujuan untuk:

- Menjalinkan hubungan erat sesama warga sekolah
-Meraikan Hari Raya Aidilfitri .
- Mengeratkan silaturrahim dan sifat bekerjasama dalam kalangan pelajar.








Thursday, 30 July 2015

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

 PROGRAM: WATIKAH PERLANTIKAN PSS
TEMPAT:DEWAN CENDERAWASIH
MASA:7.50 PAGI
TARIKH: 31 JULAI 2015

Pendahuluan :

1.Program Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber ini merupakan satu proses melantik murid SMKWP yang berkelayakan sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi membantu pihak sekolah mengendalikan perpustakaan dan bilik-bilik khas di pusat sumber sekolah. Program ini dirancang bagi memberi mandat kepada Pengawas Pusat Sumber menjalankan tugasnya dengan lebih yakin, berdedikasi dan berdisiplin.

Objektif

   1. Memberi  pengiktirafan kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah ( Pemberian
       sijil dan lencana Pengawas PSS dijalankan)

    2. Memberikan pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber berkaitan
       perjalanan pengurusan majlis.

   3. Menimbulkan rasa bertanggungjawab dan bersungguh menjalankan tugas di pusat sumber melalui     pengiktirafan ini.
 

 

PENGANUGERAHAN NILAM DAN RAKAN PEMBACA PERINGKAT SEKOLAH




TEMPAT: DEAN CENDERAWASIH
TARIKH: 13 JULAI 2015
HARI: ISNIN

Pengenalan NILAM

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahu dan markah dikumpulkan secara kumalatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan adalah Urusetia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun 1 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 atau Peralihan di sekolah Menengah dengan rasminya 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan murid banyak membaca.

2.Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

3. Mencari Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah ke Peringkat Bahagian.

Wednesday, 13 May 2015

BULAN BAHASA 2015(6 APRIL HINGGA 8 MEI 2015)

PELANCARAN BULAN BAHASA 2015
OBJEKTIF:
1)Mendedahkan keunikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek
2)Meningkatkan  penghayatan kehalusan budaya
3)Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai bahasa ibunda

PANTUN BAHASA 

JENTAYU BURUNG JENTAYU
 HINGGAP DIBALIK POKOK MAYANG
BUNGA KEMBANG AKAN LAYU
BUDI BAIK BILAKAN HILANG

TINGGI BUKIT GILANG GEMILANG
AIR LAUT TENANG TENANGAN
BUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANG
ITU MENJADI KENANG KENANGAN








KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (MEMBACA 10 MINIT)










MAJLIS PELANCARAN 4 IN 1




MAJLIS PELANCARAN :
1)PELANCARAN MAKMAL BAHASA
2) PELANCARAN PROGRAM NILAM
3)PELANCARAN GALERI SEJARAH
4)PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

TARIKH: 15 APRIL 2105
MASA: 7.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SRI WARISAN
TEMA: BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA
OBJEKTIF: A)Meningkatkan minat membaca yang berterusan
                   B) Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai di sekolah
                   C) Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti






Wednesday, 11 February 2015

LAWATAN PENANDA ARAS


TEMPAT: SMK DATO HAJI TALIB KARIM
MASA:7.40 PG-4.00 PETANG
HARI: SELASA
TARIKH: 10 FEB 2015

NILAM

pelbagai hasil kerja kreatif pelajar dipamerkan di bilik tayang

bilik BBM.Semua peralatan dalam bilik berkenaan perlu dilabelkan
galeri sejarah
sudut majalah diletakkan mengikut judul dan disusun kemas dalam bakul

KERTAS KERJA LAWATAN PENANDA ARAS



PROGRAM  PENANDA ARAS :
LAWATAN KE SMK DATO HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH, MELAKA.
10 FEB 2015 (SELASA)


1.0  PENGENALAN

Usaha meningkatkan pencapaian prestasi  sekolah merupakan isu utama bagi sekolah-sekolah yang ingin mencapai aspirasi yang telah digariskan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.  Selaras dengan itu, usaha mendapatkan idea dan inspirasi langkah-langkah meningkatkan prestasi perlu dilaksana dengan mengadakan Program Lawatan Penanda Aras ke SMK Dato Haji Talib Karim .

Sehubungan dengan itu, usaha murni ini diharap akan dapat disandarkan sebagai langkah utama merencana kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum Pusat Sumber SMK Warisan Puteri agar setanding dengan sekolah-sekolah yang telah berjaya meletakkan kecemerlangan sebagai agenda utama mereka. 

Lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan PSS antara kedua-dua buah sekolah , malahan perkongsian idea yang bernas dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

2.0  MATLAMAT

Merencana, merancang dan mengembeling tenaga dengan kebijaksanaan intelektual  membangun potensi pelajar dengan cara kolaborasi pintar untuk memacu kecemerlangan pelajar.


3.0  OBJEKTIF

3.1 Berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabungjalin kejayaan sekolah lain agar dapat diolah dan disesuaikan untuk memacu kecemerlangan pelajar di SMK Warisan Puteri.

3.2 Merancang dan menyelaras semula program kecemerlangan pelajar agar potensi pelajar akan dapat ditingkatkan dengan perancangan semula yang lebih bersesuaian.

3.3Memurni budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru agar dapat memacu kecemerlangan pelajar dengan cara yang bersesuaian dengan minat dan keperluan mereka.



4.0  SASARAN
1.1  Semua Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber Sekolah : 5 orang guru
-          Pn Suhana bt Sabran
-          Pn Salziah bt Salim
-          Pn Ann Soraya bt Shahrin     
-          Cik Parameswary a/p Ponniah
-          Cik Norhayati Mohamad

5.0  TARIKH  PERLAKSANAAN:

5.1  Tarikh:       28 Januari 2015 (Rabu )
5.2  Masa:         8.00 pagi – 3 petang
5.3  Tempat:     SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah, Melaka


6.0  JAWATANKUASA PELAKSANA:

§  Pengerusi:           Pn Hajjah Faridah bt Jabbar             (Pengetua)
§  Timb.Pengerusi :  En Zahari bin Long                           (GPK Akademik)
§  Naib Pengerusi 1: Tn Hj Maghrib bin A. Rahman      (GPK HEM)
§  Naib Pengerusi 2: En Ramlee b Mohamad                 (GPK Kokurikulum)
§  Penyelaras:         Pn Salziah bt Salim                          ( Guru Media)
§  Setiausaha:         Cik Norhayati Mohamad                 (Kaunselor Pelajar)
§  Bendahari:          Pn Ann Soraya bt Shahrin               (AJK bilik khas)         
§  AJK:

§ Pn Suhana bt Sabran
Ketua Bidang Sains dan Matematik
§ Cik Parameswary a/p Ponniah
Penyelaras NILAM-BI
          
                                                                                  
6.0  TENTATIF PROGRAM:

BIL
MASA
AKTIVITI
1.
7.40 pagi
§  Bertolak ke SMK Dato Talib Karim, Alor Gajah, Melaka
2
9.30 pagi
§  Dijangka sampai di SMK Dato Haji Talib Karim
3.
9.30-11.00 pagi
§    Taklimat dan perkongsian kecemerlangan sekolah

4.
11.00-12.00 tgh
§  Lawatan perpustakaan SMK Dato Haji Talib Karim

5.
12.00-1.00 petang
§  Sesi soal jawab dan berkongsi rahsia kecemerlangan
6.
1.00-2.00 petang
§  Makan tengah hari dan Solat Zohor

7
2.00-3.00 petang
§  Majlis Penutup dan  Penyampaian Hadiah
8
3.00 petang
§  Bertolak pulang
9.
5.00 petang
§  Sampai di SMK Warisan Puteri

6.1  Sumber pendapatan: 
6.1.1        PCG Pusat Sumber Sekolah              =          RM130.00
___________________________________________________
JUMLAH                   =          RM130.00




BIL
PERKARA
HARGA SEUNIT
KEPERLUAN
JUMLAH
1.
Cenderahati
RM30.00
1 unit
RM   30.00
2.
Pengangkutan (petrol)
RM50.00
1 kereta
RM   50.00
3
Tol
RM30.00
1 kereta
RM   30.00
4
Keperluan Luar Jangka

RM   20.00


                                                                                JUMLAH

RM130.00


6.2  Jumlah keseluruhan = RM130.00


7.0  HARAPAN AHLI JAWATANKUASA:
  Adalah diharapkan program yang diadakan akan memberi inspirasi kepada semua peserta untuk mencorak kecemerlangan sekolah dengan cara yang lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar.