LAMAN UTAMA

Wednesday, 28 April 2021

GOTONG ROYONG PEMBUKAAN SEKOLAH

 

PROGRAM GOTONG ROYONG

 (PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH) TAHUN 2021

SMK DATO’ KLANA PUTRA LENGGENG

 

1.0                   Nama Program

Program Gotong Royong (Persediaan Pembukaan Sekolah)Tahun 2021

SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng

 

2.0       Pendahuluan

Suasana dan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria amat penting untuk semua warga sekolah terutamanya murid-murid. Persekitaran yang kondusif secara tidak langsung dapat membantu guru dan murid-murid untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Semoga dengan usaha murni ini juga akan dapat menyumbang kepada peningkatan sahsiah diri murid dan prestasi akademik serta bukan akademik semua warga sekolah amnya dan murid khususnya.

 

3.0       Rasional

Program ini dirancang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat dan ceria. Disamping itu, untuk menyiapkan dan melengkapkan kelas dengan maklumat kelas mengikut SOP yang ditetapkan oleh KPM.

 

4.0       Matlamat

Program ini diharapkan dapat membina semangat kerjasama daripada semua murid dan memupuk rasa cinta akan sekolah. Selain itu, melalui program ini diharap dapat memastikan persekitaran kelas dan sekolah yang selamat dan kondusif untuk semua warga SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng.

 

5.0       Objektif

·           Memberi peluang kepada murid-murid bekerjasama dengan guru-guru secara optimum

 

·           Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan kelas masing-masing, makmal-makmal dan bilik-bilik khas agar mewujudkan suasana kelas yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

 

·           Melengkapkan diri pelajar sebagai aktiviti khidmat masyarakat yang wajib setiap pelajar laksanakan.







 

PROGRAM DEKAD MEMBACA

 

Kertas Kerja

Program Dekad Membaca

Tahun 2021

Pengenalan :

Bulan Membaca merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK Dato’ Klana Putra selama sebulan dengan pelbagai aktiviti dirangka dan dilaksana bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga SMK Dato’ Klana Putra.

 

Matlamat :

Memupuk budaya membaca sepanjang hayat.

 

Objektif :

1.    Menarik penyertaan pelajar dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca.

2.    Memupuk  kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari  pelbagai  sumber  bahan  bacaan dan  menjadikan  membaca  sebagai budaya.

3.    Memperluaskan  kesedaran   kepada  pelajar   tentang   kepentingan  membaca   sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas.

 

Tarikh :  Sepanjang bulan April 2021

Tempat   :  SMK Dato’ Klana Putra