LAMAN UTAMA

Monday, 29 January 2018

AKTIVITI KELAS GANTI: ORIGAMI 'LOVE'


AKTIVITI 1: LOVE YOURSELF
Objektif :
1.      Supaya pelajar-pelajar dapat menghilangkan perasaan malu dan segan dalam pergaulan mereka.
2.      Supaya pelajar-pelajar lebih saling mengenali dan mengetahui tarikh hari lahir rakan
3.      Untuk mewujudkan kejelekitan di kalangan ahli kumpulan dan berasa selesa diterima oleh ahli kumpulan.
4
Langkah:
2.    Guru menunjuk ajar pelajar membuat origami 'love'.
3.      Kemudian guru meminta pelajar menulis nama dan tarikh lahir di origami ' love'.
4.      Seterusnyaguru meminta pelajar untuk mencari rakan yang mempunyai  bulan kelahiran yang sama.Guru menerangkan bahawa origami 'love' adalah simbol  kasih sayang antara mereka rakan sekelas dan perlu saling menghargai.

     Falsafah dan pengajaran:
1.      Setiap individu memerlukan penghargaan dan sangat menyukai sekiranya diri mereka dihargai
2.      Mengenali rakan adalah penting untuk bersama -sama belajar dalam kelas.











AKTIVITI KELAS GANTI: VOCABULARY FROM MY NAME

AKTIVITI : MY NAME 
Objektif :
1.      Supaya pelajar-pelajar menghargai nama sendiri.
2.      Menambahkan kota kata bahasa Inggeris melalui nama sendiri
3.      Menggalakkan pelajar kreatif dalam mencari ilmu
Langkah:
1.      Guru meminta pelajar untuk mencerakinkan nama masing-masing 
2.      Kemudian guru meminta pelajar membina kosa kata bahasa Inggeris berasaskan huruf pangkal  mereka yang sama dalam jangka masa 5 minit.













AKTIVITI KELAS GANTI:HOW YOU FEEL TODAY?


 Tajuk:'My Emoji'

Objektif : 
 1.Boleh mengetahui emosi sendiri
2.Menyedari orang lain juga mempunyai perasaan.

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas warna warni,gam,gunting dan manila kad

Langkah :

1.Pelajar diminta memilih satu emoji yang dilukis guru berdasarkan emosi mereka pada minggu itu.
2. Kemudian, murid perlu menampal di kertas manila kad.

3.Guru menerangkan tentang kepelbagaian emosi dan kebaikan yang diperolehi sekiranya  mereka berkongsi perasaan positif  dengan kawan-kawan.
4.Guru juga menerangkan keburukan emosi negatif dan berbincang cara untuk  menangani emosi negatif